THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 26 Mac 2008

KELAKAR BETUL.. BENGAP PUN ADA JUGA..

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

============ ========= ========= =====
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

============ ========= ========= =====
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

============ ========= ========= =====
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

============ ========= ========= =====
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

============ ========= ========= =====
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!

0 ulasan: