THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 29 Februari 2008

Ucapan Assalamualaikum

Satu topik yg jarang diperkatakan.. Semalam saya ada terbaca satu artikel tentang Ucapan Assalamualaikum ini.. memang benar kata penulis artikel itu( kapten hafiz Firdaus Abdullah ).. ucapan itu bukan ucapan remeh.. tp kadang2 ada jugak yg salah sebutan 'assalamualaikum'.. Ucapan itu tak ternilai harganya.. dan merupakan amalan yg baik.. Rasulullah s.a.w ada bersabda yg bermaksud " Berilah makan dan sebarkanlah salam ( dengan mengucapkan Assalamu'alaikum nescaya kalian akan mewarisi syurga".. ucapan salam ini juga merupakan salah satu pengikat ukhwah sesama muslim.. Serata dunia,umat Islam menggunakan ucapan ini sebagai permulaan bicara.. Baik di Malaysia mahu pun benua Afrika.. Rata-rata umat Islam menggunakan ucapan ini dalam kehidupan seharian mereka..

dalam artikel itu juga ada membincangkan tentang 'siapakah yg mendahului ucapan salam'.. kalau di sekolah,murid2 akan memberi salam pada Guru mereka. Di rumah,anak2 akan memberi salam pada ibu bapa.. pekerja akan memberi salam pada majikannya.. dan sebaliknya.. Tetapi tidak salah rasanya jika majikan yg memulakan salam pada para pekerjanya. ini akan mengurangkan rasa sombong pada org besar itu.. dan juga membuatkan para pekerja bawahan itu rasa selesa dengan majikannya. berbanding majikan yg tidak mendahului ucapan salam. bagi majikan yg memberi salam pada para pekerjanya,akan lebih rapat dan mesra dengan para pekerjanya. mereka tidak takut atau terlalu merendah diri.. Amalan ini amat digalakkan kerana org bawahan akan lebih hormat kepada mereka.. Oleh itu.. marilah kita bersama2 mengucapkan salam pada setiap umat yang kita ketemui supaya terjalin ukhwah yg lebih mesra dan diberkati Allah s.w.t.. InsyaAllah

0 ulasan: