Satu topik yg jarang diperkatakan.. Semalam saya ada terbaca satu artikel tentang Ucapan Assalamualaikum ini.. memang benar kata penulis artikel itu( kapten hafiz Firdaus Abdullah ).. ucapan itu bukan ucapan remeh.. tp kadang2 ada jugak yg salah sebutan 'assalamualaikum'.. Ucapan itu tak ternilai harganya.. dan merupakan amalan yg baik.. Rasulullah s.a.w ada bersabda yg bermaksud " Berilah makan dan sebarkanlah salam ( dengan mengucapkan Assalamu'alaikum nescaya kalian akan mewarisi syurga".. ucapan salam ini juga merupakan salah satu pengikat ukhwah sesama muslim.. Serata dunia,umat Islam menggunakan ucapan ini sebagai permulaan bicara.. Baik di Malaysia mahu pun benua Afrika.. Rata-rata umat Islam menggunakan ucapan ini dalam kehidupan seharian mereka..
dalam artikel itu juga ada membincangkan tentang 'siapakah yg mendahului ucapan salam'.. kalau di sekolah,murid2 akan memberi salam pada Guru mereka. Di rumah,anak2 akan memberi salam pada ibu bapa.. pekerja akan memberi salam pada majikannya.. dan sebaliknya.. Tetapi tidak salah rasanya jika majikan yg memulakan salam pada para pekerjanya. ini akan mengurangkan rasa sombong pada org besar itu.. dan juga membuatkan para pekerja bawahan itu rasa selesa dengan majikannya. berbanding majikan yg tidak mendahului ucapan salam. bagi majikan yg memberi salam pada para pekerjanya,akan lebih rapat dan mesra dengan para pekerjanya. mereka tidak takut atau terlalu merendah diri.. Amalan ini amat digalakkan kerana org bawahan akan lebih hormat kepada mereka.. Oleh itu.. marilah kita bersama2 mengucapkan salam pada setiap umat yang kita ketemui supaya terjalin ukhwah yg lebih mesra dan diberkati Allah s.w.t.. InsyaAllah
Jumaat, 29 Februari 2008
Ucapan Assalamualaikum
Rabu, 27 Februari 2008
Tanda-tanda bahagia dan sengsara
Artikel nie saya copy dari website kegemaran saya.. Setiap kali melayari website nie,rase tenang dan damai hati saya ni.. hem ye lah byk info2 berguna kat situ.. Salah satu ialah artikel ini. Hope pembaca blog saya nie,dpt lah berkongsi ilmu bersama2 saya.. benda yg baik tak salah kalau di kongsi bersama-sama...
Tanda-tanda Bahagia
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)
Selasa, 26 Februari 2008
Promosi Baru Dari Streamyx Buat Org Melaka
Melaka Broadband Is Now Available !!!
Packages Melaka Project:
ü Streamyx 512k FREE MODEM RM66(Monthly supcription fee at rm49.90 for 12 months..)
ü Streamyx 1mbps FREE MODEM RM88(Monthly supcription fee at RM69.90 for 12 month.)
ü Streamyx 512k FREE MODEM RM84(Monthly supcription fee at RM67.90 for 12 month.)
ü Business Broadband SOHO 1MBPS(Monthly supcription fee at RM99.90 for 12 month.)
TERMS & CONDITIONS
§ Promotion is valid from 15th January 2008 until 31th December 2010.
§ These special packages are exclusive to Melaka residents only and valid for the
fixed line number residing in
§ Speed of service is on "best effort basis".
§ Services is subject to availability & technical testing during installation.
§ The packages are applicable for NEW and EXISTING customer who are residing
within
§ Packages valid for RESIDENTAL category only.
§ The 1st bill received will include an installation fee of RM88, a one-time service
activation fee of RM75, a one-month subscription fee(from date of service activition) and an advance charge of the 2nd month subcription fee.
§ Customer are not allowed to downgrade the packages within the minimum
subscription period.If customer terminate the minimum subcription period,the remaining balance will be charged and customer is required to return the modem.
§ Modem warranty period for FREE Modem packages is 12 months but for With
Modem packages (SOHO) is for the duration of customer's subcription.
§ The minimum subcription period is 24 months.
§ Streamyx In the Box and online registration is NOT applicable for this package.
§ New termination policy for streamyx is applicable.
§ Streamyx terms & conditions apply
* Activation fee of RM75 and Installation fee of RM88 are applicable.
* Minimum subcription period is 24 months.
Isnin, 25 Februari 2008
Hari Perbarisan Beramai2 di ATM
fuh ni nk kongsi satu pengalaman.. cam biasa lah kan,semua kakitangan gomen tunggu je tarikh 25hb setiap bulan.. bukan ape,time tue lah kocek kempes leh jadi kembung balik.. hem aku pun gitu jigak.. almaklumlah,byk jugak hutang2 yg perlu dibayar.. kete,PTPTN ( warganegara yg bertanggungjawab .. hehehhehe ) dan cam2 lagi lah.. so memandangkankan dunia IT semakin canggih dengan teknologi jalur lebar nie,aku pun ikut lah jugak perkembangan dan penggunaan jalur lebar nie. so ingatkan nk bayar segal2 urusan menggunakan e-banking tp cam biasa lah,line sentiasa busy beb.. so memandangkan 'beg comel' saye ni xtinggal bape posen,terpakse lah gi ATM. hem pastu masalah pun dtg.. punye ler ramai makhluk Allah yg beratur kat ATM. bape byk ATM dah aku pegi.. semuanya cam 'perbarisan' maulidul rasul.. hehehhe.. ditambah plak ngan cuace semakin panas dan bahang.. disebabkan aku tgh sibuk ngan urusan keje..so terpakse le batalkan niat nk 'cucuk' duit kat 'mesin ajaib' tue.. hem kene pose separuh hari nampaknye.. aku tau lah,kalau 1st day daji nie,jgn gatal2 nk gi tambahkan 'kesesakan' kat ATM tue. Tapi pelik, hari nie jugak lah ramai student yg sibuk 'memeriahkan' ATM tue.. dorg pun dpt 'imbuhan' ker??? aaaaaa tension betul lah.. mintak2 petang or tgh hari skek reda lah 'perbarisan' nie..
Khamis, 21 Februari 2008
handphone idaman hati.. bercirikan feminin dan jugak warne yg cukup menarik dan leh buat saya tak leh tido.. Apa lagi kalau bukan warna kegemaranku. Purple.. berciri kemas dan cantik.. Handphone ni mmg bercirikan feminin.. hem bagi yg minat amik gambar..cam saya ni..hehehhe memang xsilap lagi lah kalau memiliki handphone nie.
Kelebihan
Kelebihan multimedia lain telefon bimbit ini juga sesuatu yang boleh dibanggakan apabila ia turut dilengkapi dengan fungsi Radio FM dan pemain fail MP4.
Bagaimanapun, sedikit kekurangan yang mencacatkan kelebihan multimedia model ini adalah apabila sistem fon kepalanya tidak boleh disokong dengan model yang lain memandangkan punca luar audionya dibina khusus untuk aksesori Sony Ericsson sahaja.
Sebagai sebuah model yang bergerak pada jaringan 3G, K770i juga menawarkan kepantasan melayari laman web serta muat turun kandungan di Internet dengan pantas.
harga dia dalam RM 1,100
angkaian: GSM 900 / 1800 / 1900
3G: UMTS 2100
Saiz: 105 x 47 x 14.5 milimeter
Berat: 95 gram
Paparan Skrin: 1.9 inci TFT, 240 x 320 piksel, 256,000 warna
Memori Nombor Telefon: 1,000 nombor sehingga 2,500 nombor.
Rekod Panggilan: 30 untuk panggilan masuk, panggilan keluar dan panggilan tidak dijawab.
Memori sokongan: Kad Stick Micro (M2), 256 MB termasuk 16 MB
memori dalaman
Sambungan: Bluetooth dengan A2DP, USB
Mesej: SMS, MMS, E-mel,
Pencarian Internet: WAP 2.0/xHTML, HTML(NetFront), RSS
Warna: Truffle Brown, Ultra Violet, Sandy Beige, Henna Bronze, Soft Black
Kamera: 3.15 MP, 2048x1536 piksel, autofokus, video, LED flash, kamera panggilan video jenis VGA.
Rabu, 20 Februari 2008
Kisah Buat Renengan
Kisah benar dari US ) Buat Renungan ...
Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku.
Moga kita boleh ambil iktibar. Seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi
lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka
lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai
ke rumahnya. Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali
dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang
dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia
terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu 'Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?'
Perogol tu jawab: 'No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.'
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu,
mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan
memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat
yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah
amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah.
Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.
semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata
orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah
dari kejahatan syaitan yang di rejam.......
Rahsia Wanita
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengikut bulan kelahiran mereka.
JANUARI
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.
FEBRUARI
Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tapi suka bermain cinta.
MAC
Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.
APRIL
Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.
MEI
Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain, tiada bakat dalam perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.
JUN
Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dalam kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahan lebih sekali.
JULAI
Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperoleh rezeki.
OGOS
Bernikah lebih sekali, berbakti kepada suami, rezekinya kepada suami, rajin berusaha.
SEPTEMBER
Murah hati, tabah dalam dugaan, mempunyai anak yang ramai.
OKTOBER
Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.
NOVEMBER
Rajin, pandai berbicara,mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan harta pusaka.
DISEMBER
Rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki.
PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN
PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros
JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan
SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik
OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat
NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
Pengalaman Baru
hidup kiter ni semakin hari semakin jauh bergerak maju.. itu tandanya hidup kiter semakin mencapai kejayaan.. Tapi setiap kejyaan itu tidak akan datang dengan sendirinya.. itu sebablah saya memegang kata-kata nie " Kejayaan Tidak Akan Hadir Tanpa Usaha Gigih".. Saya baru aje memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di salah sebuah politeknik di malaysia tercinta ini. berkat ilmu pensyarah-pensyarah tersayang,alhamdulillah saya telah pun berkhidmat di dlm sektor awam.. walaupun jawatan tidak terlalu tinggi tap itu semua rezeki masing-masing. mungkin ada di antara sahabat2 saya yg seperjuangan dengan saya dahulu telah pun mendapat jawatan yg lebih baik dari saya. tahniah diucapkan buat teman2 semua. Saya sentiasa mendoakan Kejayaan kiter semua. Pengalaman bekerja dengan belajar,amat jauh berbeza. kalau dulu,masa belajar,kiter tak payah fikir masalah lain selain masalah pelajaran.. Balik kuliah,gi makan,riadah,buat asgmnt.. Kalau yg aktif berpasukan,buat lah program kampus. Tue lah kehidupan student yg penuh keseronokan.. hehehehhe.. Kadang2 saya rindu dengan kehidupan seorang student. Tp masa tidak boleh diundur kembali.. hidup mesti diteruskan.. Dengan kehidupan alam pekerjaan yg semakin mencabar,saya memerlukan satu semangat baru.. Tiap2 hari sebelum saya melangkah ke Pejabat,saya akan pasang niat supaya hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan kerja2 saya akan berjalan lancar.. Alhamdulillah,kawan2 di sini semuanya baik2 belaka.. diharapkan hubungan baik ini akan berkekalan hendak-Nya.. Kepada mah abah tersayang,terima kasih saya ucapkan kerana byk memberi sokongan moral dalam menyelesaikan konflik yg berlaku dalam hidup saya selama ini.. Dah tiba masa untuk saya membalas budi mak abah selama ini..